Wednesday, April 24, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Daiyan Trisha kini lebih berhati-hati teruskan kerjaya

    Pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha yang baru sembuh daripada jangkitan COVID-19 kini lebih berhati-hati kembali aktif meneruskan kerja seni.

    Enggan sekali lagi menjadi mangsa COVID-19, Daiyan atau nama sebenarnya, Daiyan Trisha Mohd Nasarudin mengambil langkah sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti memakai pelitup muka, jaga penjarakan fizikal dan sentiasa menggunakan sanitasi.

    Daiyan berkata, dia bersyukur tidak mengalami gejala teruk seperti kehilangan deria rasa sepanjang dijangkiti COVID-19.

    “Simptom saya hanya ringan, tidak terasa sangat. Ketika menjalani kuarantin selama 10 hari, hari ketiga paling banyak gejala dialami, tetapi ia berkurangan beberapa hari kemudian.

    “Alhamdulillah, saya tidak hilang deria rasa dan bau, cuma sakit tekak, migrain dan sebagainya.

    Daiyan bersyukur tiada insan sekeliling bersikap skeptikal untuk berada berdekatan dengan bekas pesakit COVID-19 sepertinya. – Agensi

    “Selepas negatif, saya cepat mengantuk dan rasa dahaga. Tetapi, saya diberitahu dalam tempoh dua tiga minggu adalah proses pemulihan.

    “Namun, saya sudah kena bekerja, jadi, saya hadapi sahaja,” katanya kepada media.

    Terdahulu, pelakon filem Buskers ini mendedahkan dirinya disahkan positif COVID-19 pada 4 Disember lalu. Dalam pada itu, Daiyan bersyukur tiada insan sekeliling bersikap skeptikal untuk berada berdekatan dengan bekas pesakit COVID-19 sepertinya.

    “Dahulu, mungkin ramai skeptikal sebab tak ramai lagi terkena jangkitan. Namun, sekarang berbeza apabila ramai sudah melaluinya dan mereka bersikap lebih terbuka.

    “Sebenarnya, ramai kawan industri menghantar mesej mereka juga dijangkiti COVID-19 ketika berkongsi keadaan saya. Ia seperti satu perkara yang normal, jadi, saya tak terkejut sekiranya ada terkena lagi.

    “Namun, Alhamdulillah, saya sudah vaksin dan sangat membantu. Ia mengurangkan simptom teruk.

    “Cuma apabila pernah dijangkiti, tahap keseriusan sangat rendah, jadi kita tak boleh dijangkiti atau menjangkiti lagi,” katanya.

    Bagaimanapun, kata Daiyan, ada kemungkinan dirinya kembali dijangkiti, jadi, dia sentiasa berhati-hati dengan tindak tanduknya apabila berdepan khalayak. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...