Tuesday, May 30, 2023
28 C
Brunei

    -

    Daiyan Trisha sekat pengikut?

    Nama pelakon Daiyan Trisha menjadi trending di laman Twitter gara-gara tindakannya menyekat beberapa pengguna laman sosial itu.

    Perkara tersebut dilihat berpunca daripada teguran seorang pengikut yang mendakwa terdapat perubahan pada bahagian hidung pelakon berkenaan.

    Pengguna akaun Twitter berkenaan memuat naik, profil miliknya telah disekat oleh pelakon itu dan turut mendapat komen sama daripada pengikut lain.

    “Baru perasan kena sekat juga. Mungkin dia cari nama sendiri dan jumpa warganet bezakan hidung dahulu dan sekarang.

    “Tak minat dia, tetapi siapa yang sebut hidung dia mesti akan kena sekat.

    Tindakan Daiyan menyekat pengguna Twitter yang menegur fizikalnya. – Agensi

    “Pernah kena kecam dengan peminat dia sebab cakap pembedahan hidung, padahal beza sangat dahulu dan sekarang,” komen warganet.

    Pada masa yang sama, ramai juga dalam kalangan warganet mempertikaikan tindakan pengguna Twitter tersebut yang dianggap sebagai satu tindakan buli siber.

    “Awak memprovokasi dia dahulu jadi dia sekat sebab tidak suka apa yang dikatakan. Saya tidak nampak sebarang isu di sini.

    “Tidak kisah jika awak tidak suka dengan Daiyan Trisha, tetapi mempersendakan hidungnya adalah biadab dan tidak perlu.

    “Inilah perempuan, selalu dengki antara satu sama dengan yang lain,” jawab warganet.

    Daiyan bagaimanapun dilihat telah memadam video yang dimuat naiknya sebelum ini.

    Mengulas hal tersebut, Daiyan ketika dihubungi memberitahu dia tidak tahu namanya diperkatakan dan enggan ambil tahu apa yang terjadi.

    “Saya tidak baca Twitter dan malas ambil tahu. Saya tidak kacau sesiapa pun,” jelasnya kepada mStar. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    ‘Saya sangat letih’

    SYDNEY, 29 MEI – Ketua Menteri yang popular di Australia Barat, Mark McGowan, yang mengasingkan negerinya daripada dunia semasa kemuncak pandemik COVID-19, hari ini...
    - Advertisment -