Mempunyai prinsip tersendiri dalam bidang nyanyian, penyanyi Daiyan Trisha berkata dia kurang berminat untuk menyanyikan lagu ciptaan komposer lain.
Daiyan atau nama sebenarnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin berkata, bidang nyanyian dan ciptaan lagu dekat dengan dirinya dan dia juga lebih selesa menyanyi mengikut cara tersendiri.
“Untuk menyanyi ini, memang saya suka ikut cara tersendiri. Sebab saya rasa seni menulis dan menyanyi dekat dengan saya,” katanya kepada mStar.
Berkongsi mengenai perkembangan dunia lakonan, Daiyan bakal membintangi telefilem Rompak bergandingan dengan aktor Zizan Razak buat pertama kali.
Selain itu, watak yang dibawa dalam filem ini berbeza sedikit daripada lakonannya sebelum ini berikutan dia perlu membawa watak wanita bertudung.
“Saya tak pernah bekerja dengan Zizan, jadi mungkin ia menjadi sesuatu yang menarik. Selain ada juga vibe filem ‘Fast & Furios’.
“Watak dalam filem itu juga sesuatu yang saya tak pernah bawa. Ini watak pertama yang saya akan memakai tudung. – Agensi