Daki ‘gunung 500 itik’ rai festival cahaya

PONNAGYUN, MYANMAR, 19 NOV – Ribuan penganut Buddha mendaki puncak gunung yang dikatakan rumah roh yang menjaga ‘Lagenda 500 itik’ dalam kegelapan malam menjelang fajar, sebagai menandakan bermulanya festival cahaya, Tazaungdaing.

Festival yang diraikan pada bulan penuh memandakan berakhirnya musim hujan disambut majoriti penganut Buddha di Myanmar, dengan percikan bunga api, tanglung dan belon udara panas.

Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, perayaan itu kurang meriah apabila sebahagian besar negara itu kini diselubungi kesan pemberontakan menentang rampasan kuasa Februari lalu dan keganasan yang semakin meningkat antara tentera junta dan puak penentang. Di barat Rakhine yang melaksanakan gencatan senjata antara pemberontak dan tentera telah menyaksikan beribu penganut mula mendaki ‘gunung 500 itik’ itu buat kali pertama sejak setahun lalu, menggunakan cahaya telefon bimbit menerangi laluan gelap.

Mereka juga berpaut pada akar dan batang pokok untuk sampai ke puncak. Salah seorang penganut, Tun Shwe Tha memulakan pendakian tengah malam, menyatakan, “Walaupun ia memenatkan, saya gembira kerana ada ramai orang di sini. Dengan ini, saya dapat makan dengan baik.” – AFP

Orang ramai merakamkan semasa festival Tazaungdaing, juga dikenali sebagai Festival Cahaya di pagoda Mrauk U, di negeri Rakhine, Myanmar. – AFP