Oleh Rafidah Jumat
BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Jan – Mahkamah Majistret di sini menggugurkan dakwaan mengedar dadah terhadap seorang lelaki dan hanya menjatuhi denda untuk tuduhan memiliki dan mengambil dadah.
Majistret Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli memutuskan denda $6,500 atau berdepan hukuman 12 bulan penjara terhadap Mohammad Sofian bin Sahdan dan menggugurkan tuduhan mengedar selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
Tertuduh didapati memiliki methamphetamine dalam poket seluarnya sebaik diberkas sepasukan pegawai narkotik pada 6 April 2013 di sebuah kedai di Kampung Delima Satu.