Sunday, March 23, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dakwaan ‘rompakan’ wang tuntutan GST perlu disiasat

    KUALA LUMPUR, 9 Ogos – Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed menggesa kerajaan segera menjalankan siasatan berhubung dakwaan Menteri Kewangan Lim Guan Eng bahawa kerajaan sebelum ini ‘merompak’ RM19.4 bilion wang tuntutan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

    Mustapa, yang juga anggota Parlimen Jeli berkata dakwaan Lim itu merupakan tuduhan yang amat berat, bukan sahaja mencalarkan imej Barisan Nasional (BN), malah penjawat awam khususnya yang Abertugas di Kementerian Kewangan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

    “Tuduhan ini amat serius kerana rompakan bermakna wujudnya salah guna kuasa dan penyelewengan yang terancang.

    “Oleh kerana imej kerajaan terdahulu dan penjawat awam telah tercemar, saya berpendapat siasatan dalaman harus dimulakan dengan segera. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda