Monday, March 17, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dalai Lama harap Trump, Putin bekerjasama untuk kedamaian

    NEW DELHI, 22 Jan – Dalai Lama mengatakan dia berharap Presiden Donald Trump dan Presiden Rusia Vladimir Putin akan bekerjasama untuk keamanan global.

    Pemimpin kerohanian dalam buangan Tibet Buddha itu mengatakan dunia memerlukan pemimpin yang mempunyai belas ihsan.

    Beliau membuat kenyataan itu dalam satu program di New Delhi yang dianjurkan kumpulan industri wanita, menurut satu kenyataan media.

    Menurutnya, dunia kini bergerak ke arah keamanan dan bukan keganasan, dan dia berharap Trump dan Putin akan bekerjasama rapat ke arah mencipta keamanan global.

    Dalai Lama mengatakan di Mongolia dalam November bahawa dia ‘tidak bimbang’ mengenai pemilihan Trump sebagai presiden AS dan berharap bertemu dengannya selepas pelantikannya. Trump mengangkat sumpah Jumaat lalu.

    Dalai Lama sebelum ini pernah bertemu bekas presiden AS, termasuk empat pertemuan dengan Barack Obama.

    Pertemuan seumpamanya bagaimanapun membangkitkan kemarahan Beijing yang menuduh pemimpin Tibet itu cuba memisahkan Tibet dari China. Dalai Lama mengatakan dia hanya mahukan satu autonomi lebih tinggi di bawah pemerintahan China.

    Dalai Lama sudah pun berada di bandar perbukitan utara India, Dharmsala semenjak melarikan diri dari Tibet semasa satu kebangkitan yang dipatahkan terhadap pemerintahan China dalam 1959. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda