Dalam diam caprice sarung cincin

Tiada angin tiada ribut tiba-tiba sahaja penyanyi rap Caprice selamat mendirikan rumah tangga baru-baru ini.

Caprice dipercayai berkahwin dengan wanita dikenali sebagai Farra Inalis, 26, yang mempunyai seorang anak perempuan bernama Aleesya Sofea.

Menerusi sekeping foto yang dikongsikan di Instastory seorang individu bernama Yasser Khan, Caprice atau Ariz Ramli, 33, serta pasangannya segak dan menawan mengenakan persalinan berwarna putih.

Perkongsian berkenaan turut dikongsikan semula oleh penyanyi Azira Shafinaz.

Bagaimanapun pengurus Caprice yang dikenali sebagai Aiman ketika dihubung wartawan tidak dapat mengesahkan tentang berita berkenaan.

Caprice dikatakan mengenali wanita pilihannya itu hampir setahun dan pasangan tersebut mendirikan rumah tangga secara senyap-senyap baru-baru ini. – Agensi

“Saya pun dapat info agak lambat, saya tak berani nak sahkan betul atau tidak.

“Tapi kalau dah ada orang kongsi gambar kahwin dia, maksudnya betul la tu,” katanya kepada wartawan.

Ditanya tentang identiti wanita yang dipercayai berstatus ibu tunggal itu, Aiman bagaimanapun enggan berkongsi nama mahupun maklumat terperinci.

“Saya kenal pasangan Caprice tu, dia baik orangnya.

“Apa yang saya tahu Caprice berkenalan dengan wanita itu dah hampir setahun.

“Azira adalah kenalan rapat Caprice, maksudnya betul la (berkahwin) kalau dia repost,” katanya.

Usaha wartawan untuk mendapatkan komen Caprice masih belum berhasil apabila dia tidak menjawab mesej dan panggilan telefon. – Agensi