Dalam diam Ian Harding dah berkahwin

Dalam diam rupa-rupanya pelakon drama Pretty Little Liars iaitu Ian Harding sudah melangsungkan perkahwinan dengan Sophie Hart pada Oktober 2019.

Memetik laporan Hollywoodlife, pasangan itu sememangnya ‘pandai’ menyimpan rahsia terutama melibatkan kehidupan peribadi mereka sehingga tiada siapa yang mengetahui mengenai perkahwinan tersebut.

Perkahwinan pasangan itu turut didedahkan oleh sumber terdekat malah peminat juga mula membuat spekulasi selepas melihat pelakon tersebut memuat naik foto memperlihatkan dirinya memakai cincin di jari manis.

Pada Februari lalu, Ian pernah berkongsi beberapa foto dirinya yang memakai cincin tersebut dan seakan-akan memberi bayangan mengenai perkara itu.

Bagaimanapun, sehingga kini Ian masih mengunci mulut mengenai perkahwinannya dengan Sophia yang juga bekerja sebagai seorang jurugambar.

Pasangan itu mula menjalinkan hubungan cinta sejak 2011 namun tidak ramai orang mengetahui tentang mereka. – Agensi

Ian masih mengunci mulut mengenai perkahwinannya dengan Sophie. – Agensi