Dalam diam Leonardo DiCaprio peminat BTS

Siapa sangka pelakon terkenal Hollywood, Leonardo DiCaprio merupakan salah seorang peminat kumpulan Kpop, BTS!

Perkara itu didedahkan oleh pelakon filem Parasite, Cho Yeo Jeong semasa pertemuannya dengan aktor itu di malam Anugerah Oscar 2020.

Menerusi temu bual dalam program SNL Korea, Cho Yeo Jeong berkongsi pengalamannya semasa diundang menyertai anugerah berprestij itu.

Malah, dia turut teruja apabila diberi peluang duduk bersebelahan dengan Leonardo DiCaprio.

Kata Cho Yeo Jeong, dia sempat bertanyakan beberapa soalan kepada aktor itu antaranya mengenai kumpulan Kpop kegemaran.

“Awalnya dia mengucapkan tahniah atas kemenangan kami. Saya pun bertanya adakah dia mengenali BTS,” cerita Cho Yeo Jeong.

Mengejutkan apabila Leonardo memberitahu dia bukan sahaja mengenali BTS, malah menggelar dirinya sebagai salah seorang Army.

Malah pelakon filem Titanic itu menggemari lagu Blood, Sweat, Tears. – Agensi

Leonardo mengakui menggemari kumpulan BTS. – Agensi