Tuesday, April 16, 2024
25.4 C
Brunei

    -

    Dalam lantang, Hattan serlah sisi komedi

    Di sebalik kelantangannya, ada sisi komedi dalam diri penyanyi otai, Datuk Hattan. Penyanyi lagu Biso Bonar itu tidak kisah jika digelar pelawak selepas membintangi filem genre komedi romantik, Gadis Jolobu The Movie arahan CL Hor.

    Bagi pemilik nama Mohd Shukri Shahabudin, 57, itu, watak komedi dalam filem terbitan syarikat hiburan terkemuka Asia Pasifik, Tremendous Entertainment dan Zebra Studio Sdn Bhd itu sekadar lakonan, tidak terjejas prinsip yang lantang bersuara mengenai pelbagai topik di media sosial.

    Selain Hattan, Gadis Jolubu The Movie yang juga karya berteraskan dialek Malaysia yang memberi tumpuan kepada budaya dan tradisi Minangkabau dari Negeri Sembilan itu menggandingkannya dengan Khir Rahman dan Joey Daud.

    Ia turut dibintangi anak sulung Hattan, Adam E dan Nizam Laksamana, selain memperkenalkan bakat baharu yang juga pengacara, Ahirine Ahirudin.

    Bercerita mengenai lakonannya, Hattan berkata, dia tiada masalah mendapatkan keserasian bersama dua lagi teraju utama, Khir dan Joey.

    Berkongsi pengalaman bekerja dengan CL Hor, kata Hattan, dia juga selesa bekerjasama dengan pengarah yang berpengalaman menghasilkan filem di China, Hong Kong dan Korea Selatan itu.

    “Walaupun CL Hor pengarah bukan Melayu, tetapi tidak sukar memahami kehendaknya.

    “CL Hor bukan sahaja menjaga aspek lakonan dan lakon layar, namun, masih memberi kebebasan kepada pelakon untuk menjiwai watak,” katanya.

    Ditanya harapannya, Hattan yakin filem Gadis Jolobu The Movie mendapat sambutan di pawagam. – Agensi

    Hattan berlakon watak komedi hanya memenuhi tuntutan kerja, namun, tidak terjejas prinsipnya yang lantang bersuara mengenai pelbagai topik dalam media sosial. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...