Dalami ilmu Fardu Kifayah

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 April – Seramai 12 orang peserta telah menyertai Kursus Fardu Kifayah anjuran Bahagian Pengakap Kelana Persatuan Pengakap Daerah Brunei dan Muara yang berlangsung di Balai Ibadat Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD), kelmarin.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, kursus telah diakhiri dengan majlis penutup di mana para peserta menerima sijil yang disampaikan oleh Pengerusi Majlis Pengakap Daerah, Persatuan Pengakap Daerah Brunei dan Muara, Pengiran Mahdi bin Pengiran Haji Salleh selaku tetamu kehormat.

Turut hadir ialah Pesuruhjaya Pengakap Daerah Brunei dan Muara, Awang Mohammad Arif bin Abdul Hadi; Pesuruhjaya Ibu Pejabat Bahagian Keagamaan, Awang Muhammad Najib bin Abdul Hamid; Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Bahagian Pengakap Kelana, Dayang Liyana binti Haji Salleh, dan pemimpin-pemimpin pengakap.

Kursus sehari itu telah dikendalikan oleh Imam Masjid Pehin Khatib Abdullah, Kampung Kulapis, Haji Mohammad Burhanuddin bin Haji Damit.

Para peserta semasa mengikuti kursus Fardu Kifayah yang diadakan di Balai Ibadat PPNBD, baru-baru ini.