Dalang kes 1MDB larikan diri

KUALA LUMPUR, Malaysia – Polis Malaysia berkata ahli perniagaan Low Taek Jho, yang dikehendaki bagi siasatan dana pelaburan 1MDB, telah melarikan diri dari Macau ke destinasi yang tidak diketahui.

Ketua Polis, Mohamad Fuzi Harun berkata hari ini bahawa Low berkemungkinan mempunyai banyak pasport, menjadikannya lebih sukar untuk dikesan.

1MDB ditubuhkan oleh Perdana Menteri ketika itu iaitu Najib Razak dan berikutan selepas itu, hutang negara tersebut melonjak berbilion-bilion doIar, sekali gus telah mencetuskan kemarahan orang ramai yang menyebabkan kekalahan pilihan raya Najib.

Kerajaan baharu telah membuka semula siasatan kes 1MDB dan sedang berusaha untuk menyoal siasat Low, yang dipercayai oleh pendakwa Amerika Syarikat sebagai dalang utama dalam menyeleweng sekurang-kurangnya AS$4.5 bilion daripada dana itu.

Peguam Negara Switzerland, Michael Lauber, berkata skandal itu melibatkan anggaran AS$7 bilion, jauh lebih besar daripada angka Amerika Syarikat. – AP

Lokasi sebuah unit pangsapuri dipercayai milik ahli perniagaan yang menjadi buruan polis iaitu Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low telah diserbu oleh anggota Penguatkuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). – Bernama