Dalic kekal jurulatih Croatia untuk Piala Dunia 2022

ZAGREB, 24 JULAI – Jurulatih Croatia, Zlatko Dalic, yang memimpin negara itu ke final Piala Dunia 2018, akan tetap memimpin pasukan sehingga kejohanan 2022, kata persekutuan bola sepak negara itu semalam.

Kontrak Dalic akan berakhir musim panas ini dan persekutuan itu bersetuju dengannya untuk melanjutkan kontraknya sehingga akhir 2022 apabila Piala Dunia di Qatar dijangka diadakan, kata kenyataan Persekutuan Bola Sepak Croatia (HNS).

“Dia bersetuju melanjutkan kontrak sehingga Piala Dunia FIFA di Qatar di mana Croatia akan mempertahankan piala dari Rusia, jika berjaya melalui peringkat kelayakan,” katanya.

Ketua HNS, Davor Suker berkata tidak boleh dipersoalkan sama ada Dalic akan memimpin skuad ke Euro 2020, yang telah ditunda setahun sehingga musim panas depan.

“Saya sangat gembira kerana kami telah bersetuju untuk terus bekerjasama sehingga Piala Dunia 2022,” kata Suker.

Croatia dengan penduduk seramai 4.2 juta pernah mara ke final Piala Dunia pada tahun 2018 untuk pertama kalinya, yang diilhamkan oleh ketua pasukan Luka Modric, tetapi akhirnya kalah menentang Perancis.

Dalic, 53, mengambil alih tugas sebagai jurulatih Croatia pada Oktober 2017.

Bekas pemain tengah yang paling terkenal di luar Eropah, dia bertanggungjawab mengurus kelab terkemuka di Arab Saudi, Al-Faisaly dan Al-Hilal. – AFP