LOS ANGELES, 25 DIS – Bintang Slovenia berusia 21 tahun yang berbakat, Luka Doncic menyumbang kemenangan kepada Dallas Mavericks menentang LeBron James (LBJ) dan juara bertahan, Los Angeles Lakers dalam perlawanan NBA yang disertai lima pasukan teratas NBA.
Kedua-dua pemain itu menjadi pesaing untuk anugerah Pemain Paling Berharga (MVP) NBA musim lalu dan akan kembali memburu kempen 2020-21.
“Ini menarik,” kata pemilik Mavericks, Mark Cuban. “Ini permainan besar antara juara dan ketika Luka dan LBJ bertanding selalu menjadi sesuatu yang istimewa.”
James, yang berusia 36 tahun pada Rabu lalu, telah menjadi ikon NBA selama lebih dari satu dekad, mencapai 10 Final NBA, memenangi empat gelaran dan meraih empat anugerah MVP.
Doncic pula merupakan penerima NBA Rookie of the Year 2019 dan menjadi pemain serba boleh yang rata-rata memperoleh 28.8 mata, 9.4 rebound dan 8.8 assist musim lalu – satu petanda bahawa dia boleh menjadi ikon NBA satu dekad dari sekarang.
“Masih jauh untuk menjadi salah satu ikon liga,” kata Doncic.
“Tetapi kami bermain untuk meraih kejuaraan. Ini akan menjadi sesuatu yang istimewa. Saya selalu mahu bermain pada Hari Krismas.”
Barisan pemain pada perlawanan tersebut juga disertai bintang Zion Williamson dan New Orleans dari Miami, Golden State dari Milwaukee, Brooklyn dari Boston dan Los Angeles Clippers dari Denver.
NBA kelmarin mengesan dua jangkitan positif COVID-19 dari antara 558 pemain yang diuji sejak 16 Disember.
Langkah tersebut dijalankan sehari selepas isu jangkitan koronavirus terhadap Houston Rockets yang sekali gus menyumbang kepada penangguhan perlawanan pembukaan mereka menentang Oklahoma City.
Dalam aksi pembukaan Lakers pada hari Selasa, James memperoleh 20 mata dan lapan rebound, sementara Anthony Davis menjaringkan 35 mata dalam kekalahan 114-113 kepada Clippers. – AFP





























