Sunday, March 23, 2025
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Damansara Realty dapat kontrak kemudahan perubatan Petronas RM27.62 juta

    KUALA LUMPUR, 25 Sept – Damansara Realty Bhd mendapat projek pengurusan kemudahan bersepadu (IFM) dianggarkan RM27.62 juta menerusi usaha sama dengan Kumpulan Perubatan (Johor) Sdn Bhd (KPJSB) membabitkan kemudahan perubatan kecil di pusat penapisan Petronas di Pengerang, Johor.

    Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Damansara Realty berkata kontrak itu dianugerahkan oleh PRPC Utilities & Facilities Sdn Bhd, anak syarikat Petronas Refinery & Petrochemical Corporation Sdn Bhd, kepada konsortium unitnya, TMR Urusharta (M) Sdn Bhd dan Kumpulan Perubatan (Johor) Sdn Bhd di bawah KPJ Healthcare Bhd.

    “Projek itu merangkumi perkhidmatan perubatan bagi kemudahan saling sambung dan luar tapak untuk Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia Petronas (RAPID) di Pengerang,” kata kenyataan itu.

    Menurut syarikat itu, projek kemudahan perubatan kecil itu turut membabitkan kontrak perkhidmatan pilihan bernilai RM7.8 juta yang menjadikan potensi jumlah keseluruhan kontrak itu kepada RM35.42 juta.

    Damansara Realty menyifatkan kontrak itu akan melonjakkan lagi segmen IFM syarikat yang telah memperoleh kontrak bernilai RM285 juta setakat Julai tahun ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda