D’Amazing KBT BK yang diwakili oleh Awangku Hamdi bin Pengiran Haji Mansor dengan rakan sepasukannya Mohammad Fidee Nirham bin Haji Hamjani telah mengharumkan nama negara apabila menjuarai pertandingan KSRN Double Dart Open 2023 pada 11 dan 12 November lalu.
Pertandingan yang disertai sebanyak 48 pasukan dari Kuching, Sibu, Miri, Bintulu dan Mukah, Sarawak itu diadakan di Dewan Serba guna Kampung Bahagian Jaya Teku Sibu, Sarawak.
