Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Damba pendidikan untuk golongan wanita dan kestabilan negara

    KABUL –“Impian saya adalah untuk melihat konflik peperangan berakhir dan Afghanistan menjadi stabil di mana semua termasuk perempuan boleh pergi ke sekolah dan mendapatkan pendidikan untuk membina masa depan yang lebih baik untuk negara,” jelas Hafsa, seorang pelajar perempuan berusia 12 tahun.

    Dia merupakan seorang pelajar darjah lima di sekolah Khawaja Rawash Lycee di pinggir Kabul, menyatakan, “Saya suka sekolah saya, begitu juga buku dan pelajaran yang saya terima di sini. Sudah tentu saya akan mempunyai masa depan yang lebih baik jika saya terus mendapat pendidikan.”

    Hafsa membuat kenyataan itu di tengah-tengah syarat khusus yang melarang kanak-kanak perempuan dari darjah tujuh hingga darjah 12 daripada menghadiri sekolah. Bagaimanapun, larangan itu sebahagian besarnya telah diingkari oleh warga Afghanistan sebagai bantahan terhadap pendidikan kanak-kanak perempuan, menuntut pembukaan semula sekolah perempuan untuk semua peringkat umur di negara itu.

    Walaupun pihak berkuasa telah berulang kali memberi jaminan sekolah untuk semua kanak-kanak perempuan akan dibuka semula, murid-murid perempuan dan penyokong pendidikan perempuan telah meminta jabatan berkenaan untuk membuka semula sekolah perempuan secepat mungkin.

    Tahun pendidikan Afghanistan bermula pada 23 Mac lalu, tetapi pihak berkuasa menggantung persekolahan bagi murid perempuan dari darjah tujuh hingga darjah 12 sehingga dimaklumkan kelak.

    Tahun pendidikan Afghanistan bermula pada 23 Mac, tetapi pihak berkuasa menggantung persekolahan bagi murid perempuan dari darjah 7 hingga darjah 12 sehingga pemberitahuan kelak. – Xinhua
    Kelihatan para murid menghadiri kelas mereka di salah sebuah sekolah di Kabul, Afghanistan. – Xinhua

    “Saya dan semua rakan sekelas menghadiri kelas di sini setiap hari untuk menimba ilmu,” kata murid perempuan berusia 11 tahun bernama Zahra kepada Xinhua.

    Afghanistan dengan sokongan masyarakat antarabangsa telah mencapai kemajuan besar dalam bidang pendidikan sejak 20 tahun yang lalu.

    “Setiap pagi saya berasa gembira selepas meninggalkan rumah untuk pergi ke sekolah, dan saya ingin melihat Afghanistan yang aman di mana setiap pelajar boleh menghadiri kelas,” kata Zahra.

    “Generasi baharu Afghanistan sudah bosan dengan pengeboman dan konflik yang mengerikan,” kata Zahra yang belajar di sekolah yang sama bersama adik lelakinya.

    Di negara miskin itu, banyak sekolah tidak mempunyai bangunan yang sesuai, buku teks, makmal mahupun air yang boleh diminum untuk pelajar.

    “Masyarakat tanpa wanita yang berpendidikan adalah tidak lengkap,” kata guru wanita, Amir Begam.

    “Malangnya, kami tidak mempunyai sistem pengajaran moden. Kami tidak mempunyai komputer riba dan kelas makmal di sekolah kami untuk mengajar pelajar kami,” kata Begam, yang mengajar di sekolah Khawaja Rawash Lycee. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...