Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 8 JUN – Ketua Hakim Negara, Dato Seri Paduka Steven Chong pada hari ini telah mengisytiharkan dana $396,500 daripada akaun bank seorang lelaki tempatan sebagai harta tercemar dan mengarahkannya dirampas di bawah perintah rampasan tanpa sabitan.
Dana itu disifatkan sebagai harta tercemar berdasarkan pengakuan Ibrahim Abdul Gani yang berusia 60 tahun sebagai hasil daripada penglibatan dalam loteri awam dan akan dipindahkan ke Tabung Perampasan Aset Jenayah.
Keputusan itu dibuat berikutan pendakwa raya, yang diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Pengiran Norsuzanawati Pengiran Abas dan Pendakwa Khalillah Hussin, telah memfailkan Originating Summons.
Perintah itu juga dibuat atas persetujuan responden yang diwakili Peguam Lt Kol (B) Harif Ibrahim.