MONTREAL, 22 DIS – Kanada menyalurkan dana berjumlah AS$70 juta kepada Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNWRA) untuk Pelarian Palestin di sebalik krisis kewangan sedang dihadapi negara itu.
Dana yang nilainya setara dengan CAN$90 juta akan disalurkan selama tiga tahun untuk UNRWA menguruskan sekolah dan menyediakan perkhidmatan kesihatan selain bantuan kemanusiaan kepada kira-kira 5.7 juta pelarian Palestin.
Kementerian Luar Kanada menyifatkan usaha ini akan membantu golongan rentan pelarian Palestin di lima kawasan operasi UNRWA iaitu Tebing Barat, Gaza, Syria, Lubnan dan Jordan.
“Ia berupaya menjadi bantuan sokongan, selaras dengan peningkatan keperluan pelarian Palestin ini,” katanya dalam kenyataan.
Kenyataan itu menambah, bantuan ini akan membolehkan lebih setengah juta kanak-kanak mendapat pendidikan selain berupaya membiayai lebih 140 klinik kesihatan. – AFP






























