Dana bantu penduduk Palestin dilancarkan

RAMALLAH, PALESTIN, 25 JUN – Pihak Berkuasa Palestin (PA) mengumumkan dana berjumlah berjuta dolar untuk menyokong penduduk di Lembah Jordan, beberapa hari sebelum Israel mula memisahkan kawasan strategik di Tebing Barat.

“Kerajaan telah memutuskan untuk menubuhkan projek bertujuan membantu penduduk Lembah Jordan,” beritahu perdana menteri Palestin Mohammed Shtayyeh kepada AFP semalam.

Skim itu akan dilaksanakan dalam masa beberapa hari dan bernilai 35 juta shekel Israel, kata perdana menteri.

Pembiayaan sebahagian besarnya menumpu pada pembaikan pertanian, walaupun ia juga termasuk projek pendidikan dan kesihatan.

Selain itu, Shtayyeh berkata PA akan ‘memperuntukkan tanah kepada semua penduduk Palestin yang ingin melabur dalam Lembah Jordan.’

Jumlah penduduk Palestin melebihi peneroka Yahudi di lembah subur itu, yang membentuk kira-kira 30 peratus daripada Tebing Barat yang dihuni. – AFP