Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Dana Pelaburan terima saham Aramco AS$80b

    DUBAI, EMIRIAH ARAB BERSATU, 13 FEB – Arab Saudi berkata hari ini ia akan memindahkan 4 peratus daripada sahamnya dalam syarikat gergasi minyak Aramco kepada dana kekayaan, perpindahan dinilai pada AS$80 bilion ketika negara itu cuba membaik pulih ekonominya yang bergantung pada minyak.

    Pengumuman dalam Agensi Media Saudi keluar ketika firma minyak itu dinilai pada AS$2 trilion dan ketika minyak diniagakan melebihi AS$90 satu tong – jumlah tertingginya sejak 2014.

    Putera Mahkota Mohammed bin Salman membuat keputusan untuk memindah saham tersebut, menurut laporan media negeri. Ia akan disalurkan kepada Dana Pelaburan Awam, dana kekayaan negara, yang telah menjadi alat saluran yang digunakan oleh Putera Mohammed untuk melabur segala-galanya daripada Uber kepada pasukan bola sepak Britain Newcastle United. Dana itu juga sebahagian daripada projek Neom putera mahkota di sepanjang pantai Laut Merah.

    “Putera mahkota berkata pemindahan saham merupakan sebahagian daripada strategi jangka panjang negara bertujuan menyokong penyusunan semula ekonomi negara,” menurut laporan. Ia termasuk mewujudkan pekerjaan sektor swasta dalam negara, tambahnya.

    Dana Pelaburan Awam juga telah melabur dalam pengeluar kereta elektrik Lucid Motors Inc di Newark, California.

    Dana itu tidak menyatakan rancangannya untuk saham yang dipindahkan dan tidak membalas permintaan untuk memberikan komen. Agensi pemeringkatan Moody’s Investors Service berkata pada minggu lalu aset dana telah meningkat kepada AS$412 bilion pada 2020, naik daripada AS$152 bilion pada 2015.

    Saudi Arabia menawarkan sebahagian daripada saham firma minyak itu di pasaran saham Tadawul Riyadh pada 2019. Penyenaraian itu menjadikan Aramco salah sebuah syarikat paling bernilai di dunia selain Apple dan Microsoft.

    Saham Aramco telah mencecah 37.3 riyal, atau AS$9.94 sebelum perniagaan pada hari ini. – AP

    Pegawai pasaran saham Saudi memerhatikan skrin pasaran saham yang memaparkan syarikat Aramco selepas disenaraikan di Riyadh pada 11 Disember 2019. Arab Saudi berkata ia akan memindahkan 4 peratus sahamnya dalam Aramco kepada Dana Pelaburan Awam. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...