Dana terima sumbangan

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 OGOS – Badan Kebajikan Pekerja Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKP Yayasan), hari ini, telah menyampaikan sumbangan kepada Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah untuk anak-anak Yatim (DANA) pada Majlis Ibadah Korban dan Sambutan Aidiladha di Rumah Semaun, Pusat Pengajian Kesenian dan Kaligrafi Islam-Yayasan, di sini.

Pada majlis berkenaan, Yang Dipertua BKP Yayasan, Awang Samsudin bin Haji Puasa menyampaikan sumbangan BKP Yayasan berjumlah $500 kepada Pemangku Pengarah Urusan Yayasan, Dr Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak selaku pemangku ketua pegawai eksekutif DANA.

Kemudian majlis menyaksikan Ketua Jawatankuasa Pengurusan Tabung Derma Khairat Pekerja-pekerja Yayasan, Awang Ahmad Rithauddin bin Haji Sabtu menyampaikan sumbangan berjumlah $500 daripada Tabung Derma Khairat Pekerja (TADEKHA) Yayasan kepada DANA yang juga diterima oleh Dr Nor Imtihan

Awang Samsudin menyerahkan sumbangan kepada Dr Nor Imtihan.
Awang Ahmad Rithauddin menyampaikan sumbangan kepada Dr Nor Imtihan.