Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Mac – Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah untuk Anak-anak Yatim (DANA) hari ini me-nerima sumbangan berjumlah $4,895 dari Universiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan Universiti Teknologi Brunei (UTB) dalam majlis yang berlangsung di Ibu Pejabat Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah di ibu negara.
Sumbangan diserahkan bersama oleh Naib Canselor UBD, Datin Dr. Hajah Anita Binurul Zahrina binti Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Aziz; Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal dan Naib Canselor UTB, Profesor Dr. Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman kepada Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif DANA, Awang Ahmad Jefri bin Abdul Rahman.
Ia merupakan hasil kutipan melalui Ekspedisi Berbasikal Varsiti anjuran ketiga-ketiga universiti berkenaan pada 19 Februari lalu yang disertai lebih 300 peserta ekspedisi.
