Dana terima sumbangan berjumlah lebih $40,000

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 MEI – Dana Pengiran Muda Mahkota Al- Muhtadee Billah untuk Anak-Anak Yatim (DANA), hari ini, telah menerima derma berjumlah $45,218 daripada 54 orang ahli Persatuan Fu Zhou Shiyyi (Brunei).

Sumbangan berkenaan telah diterima oleh Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof selaku pengerusi Lembaga Pemegang Amanah DANA bagi pihak DANA pada majlis yang berlangsung di Dewan Serba guna, Tingkat 4, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan). Hadir menyampaikan sumbangan tersebut ialah Presiden Persatuan Fuzhou Shiyyi, Jackson Ting Jack Hing dan diikuti dengan penderma yang lain. Pada majlis itu, Yang Berhormat Pehin turut menyampaikan sijil penghargaan kepada para penderma daripada persatuan berkenaan.

Turut hadir menyaksikan penyerahan sumbangan itu ialah Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) di Kementerian Pembangunan, Dr Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak selaku pemangku ketua pegawai eksekutif DANA.

DANA sangat menghargai sokongan dan derma daripada para dermawan bagi sama-sama membantu DANA dalam usahanya mempertingkatkan kesejahteraan hidup anak-anak yatim di negara ini yang mana Yayasan ialah sekretariat bagi DANA.

Anak-anak yatim di negara ini terus mendapat perhatian apabila sumbangan dihulurkan untuk memastikan kebajikan mereka terpelihara. Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah untuk Anak-anak Yatim (DANA) menerima derma berjumlah $45, 218 daripada ahli-ahli Persatuan Fu Zhou Shiyyi (Brunei) disampaikan oleh presidennya, Jackson Ting Jack Hing kepada Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof selaku pengerusi Lembaga Pemegang Amanah DANA bagi pihak DANA pada majlis yang berlangsung di Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, kelmarin. – Gambar oleh Muiz Matdani
Antara sumbangan yang diterima oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi.