Thursday, April 24, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dancila PM wanita pertama Romania

    BUCHAREST, 18 Jan – Viorica Dancila dilantik menjadi presiden Romania semalam, digelar sebagai MEP sekali gus menjadi perdana menteri ketiga bagi negara Kesatuan Eropah (EU) itu dalam masa tujuh bulan dan juga ketua negara wanita pertama.

    “Selepas bertegang leher, saya memutuskan untuk memberi peluang kepada Sosial Demokrat sekali lagi dan memilih calon yang mereka kemukakan,” kata Presiden Klaus Lohannis.

    “Saya harap kerajaan baru ini akan menyelesaikan perkara yang berbangkit,” katanya.

    Isnin lalu, Mihai Tudose meletak jawatan sebagai perdana menteri selepas bergelut dengan pemimpin parti pemerintahan Sosial Demokrat (PSD), Liviu Dragnea.

    Dancila yang berusia 54 tahun yang kelihatan rapat dengan Dragnea, kedua-duanya datang dari wilayah yang sama namun masih perlu pengesahan dari parlimen.

    Viorica Dancila (kiri) bercakap kepada para wartawan di sebelah Liviu Dragnea (kanan) di Parlimen Romania, Bucharest semalam. – AFP

    Tetapi ia nampak formal dengan kerajaan yang dipimpin PSD mempunyai sebahagian besar majoriti di parlimen.

    Tudose merupakan ketua negara kedua yang dilantik oleh PSD yang meletak jawatan selepas pemimpin terdahulunya Sorin Grindeanu dibuang oleh parti selepas diundi tidak yakin Jun lepas.

    Bagaimanapun, kedua-duanya tidak bersetuju dengan Dragnea yang dirinya digantung dari pejabat awam kerana terlibat dalam penipuan pilhan raya tetapi masih memimpin parti tersebut. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda