Dani Alves tinggalkan Barca buat kali kedua

MADRID, 16 JUN – Dani Alves mengumumkan kelmarin bahawa dia akan meninggalkan Barcelona buat kali kedua selepas kembali ke kelab tersebut pada tahun lalu.

Pemain berusia 39 tahun itu, kembali ke Barca pada November tahun lalu dengan perjanjian jangka pendek se-hingga penghujung musim, mengesahkan bahawa dia tidak akan melanjutkan kontraknya.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan kerana memberikan saya peluang untuk kembali ke kelab ini dan mampu menyarung jersi ini sekali lagi, awda tidak tahu betapa gembiranya saya,” tulis pemain antarabangsa Brazil itu menerusi akaun Instagramnya.

Alves membuat 408 penampilan secara keseluruhan untuk pasukan Barcelona, 391 daripada keseluruhan penampilan itu adalah penampilannya pada 2008 hingga 2016.

Semasa di awal penglibatannya, dia memenangi enam gelaran juara La Liga, tiga mahkota Liga Juara-Juara dan meraih empat trofi Copa del Rey.

Walau bagaimanapun, Alves masih lagi berada dalam barisan pemain yang akan dinamakan untuk skuad Brazil beraksi di Piala Dunia Qatar pada tahun ini dan pasukan tersebut memulakan perlawanan persahabatan pada awal bulan ini dengan menewaskan Jepun dan Korea Selatan. – AFP

Gambar fail Dani Alves ketika beraksi mengawal bola dalam perlawanan persahabatan menentang Jepun di Stadium Kebangsaan, Tokyo, 6 Jun 2022. – AP