Menjadi selebriti pada usia remaja, bukanlah mudah, apatah lagi apabila perlu berdepan dengan rakan sebaya.
Pelakon remaja, Shamshul Danish, 16, mengaku kecaman atau sindiran adalah perkara biasa yang perlu dilalui bakat baharu sepertinya.
“Untuk seorang pelakon, pasti ada individu yang tidak suka. Sampai sekarang, masih ada orang yang tidak sukakan saya, terutama pelajar lelaki,” ujarnya.
“Itulah keadaan di sekolah, di mana ada seorang pelajar lelaki seolah-olah cemburu terhadap saya. Apa sahaja yang saya buat, pasti dia tidak suka,” tambahnya.
“Malah, saya pernah disindir, pernah saya tidak disuruh berlakon sebab dikatakan tidak pandai berlakon.”
“Tetapi, individu begini tidak ramai, ada dalam dua ke tiga orang sahaja yang tidak berpuas hati. Saya sudah biasa diperlakukan begitu. Sejak sekolah rendah lagi saya sudah berdepan situasi sama,” katanya. – Agensi