Monday, May 12, 2025
27.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dapat gaji besar pun buat hal

    SHANGHAI, 21 April – Pemain bola sepak termahal di dunia Carlos Tevez mempertahankan lawatannya ke Disneyland selepas tidak muncul bersama Shanghai Shenhua kerana kecederaan sehingga mencetuskan khabar angin beliau sah akan pulang ke pangkuan Boca Juniors.

    Penyerang Argentina berusia 32 tahun itu yang menyertai kelab Shanghai tahun ini dengan gaji dilaporkan 38 juta euro (AS$40 juta), dirakam berada di Disneyland Shanghai ketika kelab Liga Super China itu menentang pasukan lain.

    Lawatan itu menyebabkan beberapa peminat marah kerana Tevez tidak muncul untuk aksi menentang Changchun Yatai tetapi cukup sihat untuk menggigil di sekitar trek Magic Kingdom bersama keluarganya.

    “Saya sedang bercuti. Saya seorang yang normal dan adalah perkara biasa untuk meluangkan masa bersama keluarga di luar,” Tevez yang mengalami kecederaan betis berkata menerusi jurubahasa dalam satu temuramah video yang disiarkan dalam talian kelmarin.

    Tevez diperkenalkan kepada media di Shanghai pada 21 Januari 2017 selepas bersetuju dengan bayaran gaji 38 juta euro setahun. – AFP
    Tevez diperkenalkan kepada media di Shanghai pada 21 Januari 2017 selepas bersetuju dengan bayaran gaji 38 juta euro setahun. – AFP

    Katanya, beliau pergi ke taman tema itu selepas menamatkan latihan pada hari tersebut. Shenhua akhirnya menewaskan Changchun Yatai, 3-2.

    Tevez mengaku dalam temu bual itu bahawa dia ‘benar-benar belum dapat membiasakan diri’ dengan liga China dan perlukan ‘lebih masa untuk menyesuaikan diri dengan pasukan dan persekitaran CSL’.

    Tetapi dia telah meredakan khabar angin mengenai kepulangannya ke Boca Juniors, di mana beliau memulakan kerjaya dan kembali semula pada 2015 sebelum menyertai Shanghai.

    “Saya dan keluarga suka Shanghai dan saya perlahan-lahan membiasakan diri dengan bandar dan atmosfera di sini. Saya akan tinggal di sini,” katanya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda