Dapat pingat emas keberanian

LONDON, 25 SEPT – Seekor tikus buat pertama kali menerima penghormatan sekaligus mendapat anugerah keberanian dari badan kebajikan British atas usahanya mencari periuk api yang belum meletup di Kemboja.

Magawa, seekor tikus besar Afrika, dianugerahkan Pingat Emas PDSA atas ‘kesetiaan dan keberanian menyelamatkan nyawa’ selepas menemukan 39 periuk api dan 28 bahan letupan yang belum meletup dalam tempoh tujuh tahun, menurut badan kebajikan tersebut.

People’s Dispensary for Sick Animals (PDSA) bermula sebagai klinik veterinar pada 1917 kemudiannya mula mengiktiraf haiwan sebagai wira sejak 1943.

Magawa telah dilatih oleh pertubuhan Belgium yang mengajarkan tikus untuk mencari periuk api selama lebih dari 20 tahun. – AP

Seekor tikus gergasi yang dinamakan Magawa memakai pingat emas PDSA di Siem Reap, Kemboja. Badan amal kebajikan British pada 25 September buat pertama kalinya telah memberi anugerah tertinggi kepada seekor tikus atas jasanya yang ‘setia dan berani’ dalam menyelamatkan nyawa dan mencari periuk api yang belum meletup di Kemboja. – AFP