Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Dapatkan keputusan GCE O dan IGCSE melalui SMS

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JAN – Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Datastream Digital Sdn Bhd (DST), Progresif Sdn Bhd dan Mach Telecommunications Systems Sdn Bhd (MachTel) akan menawarkan Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS) bagi mendapatkan Keputusan Peperiksaan Brunei-Cambridge GCE Peringkat O dan IGCSE sesi Oktober/November 2021.

    Sehubungan itu, ibu bapa atau penjaga dan pelajar yang ingin melanggan perkhidmatan berkenaan boleh membuat pendaftaran melalui SMS dengan menaip MOE<jarak>REG<jarak>kod pusat <jarak>nombor calon <jarak>nombor kad pengenalan calon dan dihantar ke talian 8885555 bagi pelanggan DST dan 38666 bagi pelanggan Progresif Sdn Bhd.

    Tiada bayaran akan dikenakan sewaktu pendaftaran melalui telefon bimbit. Ibu bapa atau penjaga dan pelajar boleh mula melanggan per-khidmatan ini mulai 28 Januari.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan, keputusan peperiksaan hanya akan dihantar kepada pelanggan melalui SMS setelah mendapat kelulusan daripada Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan untuk mengeluarkan keputusan tersebut. 

    Pelanggan akan dikenakan bayaran $3 bagi setiap keputusan SMS yang diterima.

    Dalam kenyataan itu, kementerian berharap perkhidmatan yang disediakan ini akan dapat memberi manfaat kepada orang ramai, terutama sekali para ibu bapa atau penjaga dan pelajar serta pihak berkepentingan Kementerian Pendidikan secara umum.

    Untuk mendapatkan maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan mengenai tatacara pendaftaran, bolehlah berhubung melalui e-mel moeresults@machbrunei.com atau layari laman web https://www.machbrunei.com/moe/.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...