Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Dapatkan tauliah sebelum beri ceramah

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 MAC – Dalam usaha meningkatkan penyebaran dan pengetahuan ajaran Islam dalam kalangan masyarakat di negara ini, daie-daie yang bukan sahaja dari Pusat Dakwah Islamiah (PDI) berkhidmat demi syiar Islam.

    Mereka ini ada di antaranya daripada kalangan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), institusi-institusi pengajian Islam dan orang-orang yang mempunyai kelulusan seumpamanya.

    Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman menekankan perkara itu semasa menjawab persoalan dikemukakan oleh Yang Berhormat Awang Mohammad Ali bin Tanjong mengenai keperluan daie-daie bertauliah di negara ini pada sesi permesyuaratan Majlis Mesyuarat Negara (MMN) kelmarin.

    Menurut Yang Berhormat Pehin lagi, Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui PDI menampung keperluan berkenaan dengan memberikan kebenaran atau membolehkan orang awam meminta seseorang daie menyampaikan ceramah, tazkirah dan sebagainya.

    Mereka bagaimanapun hendaklah mendapatkan tauliah daripada pihak tertentu terlebih dahulu agar ajaran Islam yang disampaikan semasa tazkirah, ceramah adalah betul, selain daie yang menyampaikan motivasi juga perlukan pentauliahan sah.

    Menurutnya lagi, para daie bertauliah ini akan dinilai dari tahun ke tahun bagi memastikan mereka dapat menyebarkan ajaran Islam yang lebih berkualiti.

    Yang Berhormat Pehin turut mengucapkan syukur kerana setakat ini keperluan masyarakat dalam hal itu adalah mencukupi dan setakat ini, tiada masalah besar yang dihadapi oleh jawatankuasa sebagai penasihat untuk tauliah berkenaan diberikan, kerana yang diberikan tauliah adalah yang berkelayakan. Apa yang perlu ialah hanya memastikan mereka ini benar-benar mendalami ajaran-ajaran agama bukan sahaja dari segi hukum-hakam, tatacara, kefahaman Islam agar tidak menyimpang.

    Bagi daie yang dijemput dari luar negara, mereka juga perlu melalui beberapa proses penapisan dan diberikan garis panduan, tambahnya.

    Yang Berhormat Awang Mohammad Ali semasa sesi permesyuaratan MMN, baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...