Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Dapur amal ceriakan kanak-kanak di Hakahana

    WINDHOEK – Di struktur sementara dan dibantu oleh dua sukarelawan, Maria Savage, pengasas Needy Hearts Soup Kitchen sedang menyediakan makanan ketika kanak-kanak dari Hakahana, sebuah penempatan tidak rasmi di Windhoek, ibu negara Namibia, mula beratur.

    Masing-masing memegang cawan, mengharapkan hidangan ringkas: sup sayur-sayuran berdaging, pasta, dan kek, yang disediakan oleh dapur secara percuma tiga hari seminggu.

    “Kebanyakan kanak-kanak di sini adalah kanak-kanak kehilangan ibu bapa semasa kemuncak wabak COVID dan penyakit lain. Tetapi juga disebabkan kehilangan pekerjaan, kesusahan ekonomi yang dihadapi banyak keluarga, dan inflasi yang berleluasa,” kata Savage.

    Harga makanan yang melambung tinggi dan kekurangan pendapatan menjadikan kehidupan seharian sebagai pertempuran bagi kebanyakan orang di negara Afrika barat daya itu.

    Pada 2021, kadar inflasi tahunan meningkat kepada 3.6 peratus daripada 2.2 peratus yang dicatatkan pada 2020, terutamanya didorong oleh kategori pengangkutan, makanan dan minuman bukan alkohol, menurut Agensi Statistik Namibia.

    Maria Savage, pengasas Needy Hearts Soup Kitchen, menyediakan makanan di Hakahana, sebuah penempatan tidak formal di Windhoek, Namibia. – Xinhua

    Semasa membesar, Savage mengalami hari-hari ketika dia tidak mendapat makanan yang mencukupi, yang mendorongnya untuk mencari cara yang lebih baik untuk menyalurkan cabaran zaman kanak-kanaknya untuk melayani kanak-kanak.

    Sejak dapur amal itu dimulakan pada 2015, ia telah menyediakan lebih 25,000 hidangan kepada hampir 200 kanak-kanak.

    Cristhiaan Gaeb, 14, seorang penerima bantuan sejak 2020, berkata dapur amal membantunya melalui masa yang sukar, terutamanya semasa COVID.

    “Kadang-kadang makanan di rumah tidak mencukupi, jadi kami datang ke sini. Kami juga membawa bersama kanak-kanak lain, dan ia banyak membantu,” katanya.

    Sementara itu, inisiatif itu menggabungkan pelajaran sosial dan kemahiran hidup untuk membentuk anak muda menjadi ahli masyarakat yang berdisiplin.

    “Selain makanan, kami mengintegrasikan tarian dan permainan, mengajar mereka apa yang betul dan salah,” kata Savage.

    Dapur amal terus menjalankan program sosial untuk remaja mendapatkan etika hidup yang berharga.

    “Oleh itu, menerapkan disiplin dan menjauhkan mereka daripada kehidupan jenayah dan dadah, dan dengan mendidik gadis-gadis yang tidak mempunyai orang lain untuk beralih kepada penjagaan haid,” tambahnya.

    Rejoice Kamauanguue, pelajar darjah sembilan di sebuah sekolah tempatan, berkata dapur amal itu telah memainkan peranan penting untuk pertumbuhan peribadinya.

    “Dengan hidangan yang ditawarkan, saya boleh menyiap-kan kerja rumah dengan perut yang kenyang kerana saya menumpukan perhatian lebih baik berbanding sebelum ini.

    Tetapi banyak lagi yang saya pelajari, untuk saya kongsikan dengan orang lain,” katanya.
    Walaupun kesan positif yang dibuat, beberapa cabaran berterusan.

    Makanan itu kini disediakan secara terbuka. Inisiatif ini juga sangat bergantung kepada sumbangan daripada penduduk tempatan.

    “Namun, ini tidak selalu dijamin, kadang-kadang saya menggunakan wang simpanan saya untuk menyara anak-anak.

    “Kami juga memerlukan dapur besar untuk mencapai lebih ramai kanak-kanak,” jelas Savage.

    Savage juga sedang memikirkan semula strategi bagaimana untuk membantu kanak-kanak dengan lebih baik.

    “Impian saya adalah untuk menggabungkan penyediaan makanan dengan program pembangunan diri yang kerap untuk kanak-kanak merentas semua peringkat umur, untuk memupuk badan mereka dengan pemakanan, dan hati dengan kasih sayang dan penjagaan,” katanya.

    Data rasmi menunjukkan hampir 500,000 penduduk Namibia dianggarkan 2.5 juta penduduk tinggal di penempatan tidak formal. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...