Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Darah jenis A dan O diperlukan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 NOV – Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) pada masa ini memerlukan darah jenis A dan O dengan segera dan bantuan orang ramai adalah sangat diharapkan.

    Orang ramai yang ingin menderma darah bolehlah berkunjung terus ke Pusat Pendermaan Darah, Hospital RIPAS bermula pukul pagi 8 hingga 11:30 pagi dan 1:30 petang hingga 3:30 petang pada hari-hari bekerja sahaja.

    Sementara itu, dalam usaha menambah jumlah bekalan darah di negara ini, Tabung Darah, Hospital Suri Seri Begawan (SSB) dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Hospital RIPAS, akan mengadakan kempen-kempen derma darah sempena sambutan ulang tahun penubuhan Hospital SSB ke-50.

    Kempen akan diadakan pada 26 November, 3 dan 4 Disember bermula 9 pagi hingga 12 tengah hari dan 1:30 petang hingga 4 petang.

    Orang ramai yang berhasrat untuk menderma darah dalam kempen itu nanti bolehlah berkunjung ke Aras Bawah, Lobi Utama berhadapan Klinik PHY dan Klinik Fisioterapi, Hospital SSB, Kuala Belait.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 remaja ditahan dalam serbuan antikeganasan

    SYDNEY, 24 APRIL - Polis Australia memberkas tujuh remaja dalam serbuan antikeganasan hari ini, dengan dakwaan rangkaian itu mungkin merancang serangan dan menimbulkan ‘risiko...