Thursday, November 30, 2023
23.3 C
Brunei

    -

    ‘Darah tinggi bukan alasan untuk hukuman dikurangkan’

    Oleh Ak Zaki Kasharan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 SEPT – Mahkamah Tinggi, hari ini telah menolak permohonan pengurangan hukuman seorang pencuri kereta atas alasan kesihatan.

    Mohd Yasmin bin Mohd Yussof dijatuhi hukuman penjara empat tahun selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan mencuri kenderaan pada 30 Disember 2021.

    Dia melakukan kesalahan itu antara Ogos dan November 2021 dan ditahan pada 14 Disember 2021, selepas siasatan polis ke atas kereta yang ditinggalkan di tempat letak kereta.

    Ketua Hakim Negara, Dato Seri Paduka Steven Chong menekankan sabitan pemohon sebelum ini, sembilan kesalahan berkaitan pencurian dan tiga kerana penyalahgunaan dadah, yang dilakukan antara 2007 dan 2019.

    Mahkamah memutuskan bahawa walaupun pemohon mengalami hipertensi, kolesterol tinggi dan gastrik, ia tidak mewajarkan pengurangan hukuman kerana dia boleh menerima rawatan perubatan di penjara.

    Selepas meneliti keputusan Mahkamah Majistret, Ketua Hakim Negara turut berpendapat bahawa hukuman yang dijatuhkan adalah bersesuaian dan tidak boleh dipertikaikan.

    Timbalan Pendakwa Raya Rozaimah Abdul Rahman mewakili pendakwa raya bagi menjawab permohonan itu.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Australia buat permohonan maaf kepada mangsa thalidomide

    SYDNEY, 29 NOV - Australia hari ini mengeluarkan permohonan maaf kepada mangsa yang terselamat daripada skandal ubat thalidomide, yang disifatkan oleh Perdana Menteri, Anthony...