Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    DARe bantu kembangkan kolaborasi syarikat baharu

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar oleh Daniel Lim

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JAN – Darussalam Enterprise (DARe) menganjurkan Chat & Chew, yang merupakan sebuah acara rangkaian khusus bagi syarikat-syarikat baru ditubuhkan dalam ekosistem DARe, selama dua hari bermula hari ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh DARe, di sini, acara itu biasanya diadakan di iCentre tetapi bagi pusingan kali ini, Chat & Chew diadakan di Pusat Rekreasi Brunei Shell (BSRC) dengan matlamat utama untuk membangunkan peluang rangkaian serta kolaborasi dengan Brunei Shell Joint Venture Companies (BSJV) dan komuniti Kuala Belait.

    Acara dimulakan dengan majlis pelancaran di mana Ketua Pegawai Eksekutif DARe, Javed Ahmad dan Presiden BSRC, Awang Mohammad Ashraf bin Haji Esa menyampaikan kata alu-aluan serta diikuti dengan pembentangan mengenai BSRC oleh Timbalan Presiden, Dayang Siti Azzahra Hanafi dan DARe oleh Penolong Pengurus, Dayang Fatin Muzini.

    Selepas pelancaran itu, majlis menyaksikan penandatanganan antara BSRC dan tiga buah syarikat baharu ditubuhkan iaitu #Reflectionbythejayys, TopFolk dan ProBike, di mana kesemua syarikat berkenaan telah diberikan peluang untuk menubuhkan operasi masing-masing di BSRC.

    Ia akan membolehkan syarikat-syarikat berkenaan untuk mengembangkan lagi pelanggan mereka kepada komuniti Kuala Belait.

    Javed Ahmad semasa menyampaikan ucapan pada acara Chat & Chew.
    Awang Mohammad Ashraf bergambar bersama wakil yang menandatangani kontrak semasa majlis penandatanganan antara BSRC dan tiga buah syarikat baharu.
    Antara petak jualan yang didirikan di premis semasa acara berkenaan.

    Di samping itu, aktiviti lain yang diadakan bagi BSJV dan komuniti Kuala Belait termasuk pameran perniagaan di mana sebanyak 32 buah syarikat baharu telah mengambil bahagian sebagai sebahagian daripada business bootcamps DARe di mana mereka akan bertemu dengan para pengunjung pada hari ini dan esok dari pukul 8 pagi hingga 6 petang.

    Kenyataan menyatakan perniagaan-perniagaan yang diketengahkan ialah Grominda, GoMamam, Track&Roll, Shyaqile, Rumine, Kommunihub, Hana Nishah, A.L. Tavrn GG Brew, A.L. Tavrn Gaming Longue, 3D Kampungan, Zaiko Clothing & Co, Headhunter Sport, Kaiger Sports, Arquilato Kusina, Al-Kindi, Adriana Audady, Pastrify Bake House, Curated by Nisa, KPG Company, Super Squad Soccer, Nur Ar-rahman, Mositjito, #ReflectionByTheJayys, ProBike, Futurebrands, Mindtrex Academy, Memori.BN, DayangPA, ONZ Group, Nawana KR, Ninetytree Design, Memori BN dan Benchlab.

    Agensi-agensi lain yang menyertai acara berkenaan ialah Bank Usahawan dan Let’s Eat Seria.

    DARe turut mengingatkan mereka yang berminat untuk menghadiri acara berkenaan supaya mengikut langkah-langkah keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang relevan khususnya Kementerian Kesihatan.

    Orang ramai yang berminat untuk menghadiri acara berkenaan digalakkan untuk mendaftar menerusi https://chatandchewjan22.eventbrite.com.

    Kenyataan menyatakan lanjut bahawa Chat & Chew DARe merupakan sebuah acara rangkaian khususnya bagi syarikat yang baru dibangunkan dalam ekosistem DARe di mana acara rangkaian seumpama itu adalah amat berguna bagi syarikat-syarikat baharu jika mereka mempunyai matlamat mengenai apa yang ingin mereka capai iaitu jika mereka sedang mencari seorang pelabur atau mentor atau ingin untuk belajar daripada syarikat-syarikat baharu yang lain.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...