Saturday, December 7, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    DARe, BETCON perkasa PMKS tempatan

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 NOV – Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB) melalui Darussalam Enterprise (DARe) telah mengumumkan kehadirannya yang penting di Konvensyen Perdagangan BIMP-EAGA (BETCON) 2023, di mana ia mempamerkan pelbagai perkhidmatan yang disesuaikan untuk memperkasa dan memartabatkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan di Negara Brunei Darussalam.

    Acara tersebut telah berlangsung dari 25 Oktober hingga 29 Oktober lalu, di Dewan BRIDEX 1 dan 2, Jerudong.

    DARe diberikan mandat untuk menerajui pertumbuhan PMKS tempatan melalui pelbagai cara termasuk perkhidmatan sokongan, latihan, pembiayaan, ruang, akses pasaran dan promosi.

    Manakala, BETCON menyediakan platform yang luar biasa kepada DARe bagi melibatkan diri dengan usahawan tempatan dan mengongsikan cara perkhidmatan tersebut boleh menyumbang kepada pertumbuhan dan kejayaan perniagaan mereka.

    Salah satu perkara yang diketengahkan dalam acara itu ialah pavilion Bruneian Made di Dewan BRIDEX 1, yang direka untuk memperkukuh kehadiran perniagaan tempatan dalam pasaran domestik.

    Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif BEDB dan DARe, Daniel Leong bergambar ramai semasa acara di Dewan BRIDEX, Jerudong baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN DARE

    Penyertaan DARe dalam BETCON membolehkannya menonjolkan 27 vendor tempatan yang kesemuanya merupakan perniagaan dalam ekosistem DARe yang memberikan impak yang ketara pada landskap perniagaan tempatan.

    Barisan perniagaan yang dinamik itu, masing-masing dengan cerita dan tawaran yang unik, menunjukkan inovasi dan kualiti yang dibawa oleh usahawan tempatan ke pasaran.

    Melalui pavilion Bruneian Made, mereka telah diberikan platform untuk berkembang maju sambil membuat sumbangan besar kepada ekonomi tempatan.

    Kehadiran DARe di BETCON mengesahkan komitmennya untuk menyokong aspirasi usahawan tempatan dan memupuk persekitaran di mana mereka boleh berjaya.

    Acara itu menjadi bukti dedikasi DARe untuk memperkasakan PMKS Brunei Darussalam dan meningkatkan kebolehlihatan dan kebolehcapaian mereka dalam pasaran negara.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda