Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    DARE buka program i-Usahawan Bukan Tenaga

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JUN – Dengan matlamat untuk menyokong usaha kerajaan dalam membina ekosistem perniagaan berkembang maju selaras dengan Wawasan Brunei 2035, Darussalam Enterprise (DARe) kini membukakan penyertaan golongan belia bagi Program i-Usahawan Bukan Tenaga (i-Usahawan Non-Energy).

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh DARe, hari ini, antara kriteria yang ditetapkan untuk para belia menyertai program berkenaan termasuk terdiri daripada warganegara Brunei Darussalam dan penduduk tetap (tidak termasuk warganegara asing) yang berusia lingkungan 18 hingga 35 tahun.

    Selain itu, para pemohon juga mesti terdiri daripada mereka yang memiliki perniagaan atau syarikat tempatan yang berdaftar dengan ROCBN dan tidak memiliki sebarang kontrak terdahulu dengan agensi-agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan mahu pun badan berkanun dalam tempoh lima tahun kebelakangan.

    Dalam pada itu, mereka juga mestilah terdiri daripada pemilik perniagaan atau pemegang saham yang aktif menjalankan operasi harian dan selaku pemerbadanan sebagai ‘sendirian berhad’ di negara ini adalah digalakkan apabila diberikan kontrak.

    Sehubungan itu, para usahawan belia yang berminat untuk mendaftar sebagai vendor dikehendaki memohon menerusi portal pautan DARe, sebagai direktori pembekal dalam talian, https://darelinks.dare.gov.bn/ untuk mendapatkan akses kepada peluang perniagaan daripada pelanggan yang mengambil bahagian termasuk ring-fenced contracts yang ditawarkan melalui program tersebut.

    DARe telah bekerjasama dengan beberapa pelanggan dalam sektor bukan tenaga untuk mengenal pasti ring-fenced contracts yang bersesuaian bagi usahawan muda.

    Kontrak berkenaan akan dikongsi lanjut semasa penyertaan DARe dalam Persidangan dan Pameran Pertengahan Tahun Brunei (Brunei MYCE) 2022 semasa Minggu Tenaga dan Ekonomi pada bulan ini di mana belia yang berminat diharap dapat berusaha ke arah membentuk perniagaan yang boleh menawarkan cadangan kompetitif untuk pelanggan yang mengambil bahagian.

    Orang ramai yang ingin mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai program berkenaan boleh melayari https://www.dare.gov.bn/iusahawan atau menghantar e-mel kepada darelinks@dare.gov.bn.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...