Darmanin menteri dalam baharu Perancis

PARIS, 7 JULAI – Presiden Emmanuel Macron semalam mengganti menteri dalam negeri dan merombak jawatan kabinet lain tatkala beliau berusaha menyelaras ‘langkah baharu’ untuk memimpin Perancis mengatasi krisis ekonomi paling teruk sejak Perang Dunia Kedua dan memenangi pemilihan semula.

Terjejas oleh kekalahan parti pemerintahnya dalam pilihan raya tempatan bulan lalu, Macron pada Jumaat melantik birokrat tertinggi Jean Castex sebagai perdana menteri dan menghabiskan hujung minggu berunding dengan perdana menteri baharu untuk membentuk sebuah kerajaan.

Dalam perubahan terbesar semalam, Macron menggugurkan Christophe Castaner sebagai menteri dalam negeri dan mengganti beliau dengan menteri belanjawan Gerald Darmanin. Darmanin, 37, dianggap salah seorang sekutu paling setia presiden tetapi juga subjek siasatan rogol. Bagaimanapun, rombakan tidak menyebut perubahan lebih radikal, dengan Macron mengekalkan Menteri Luar Jean-Yves Le Drian, Menteri Kewangan Bruno Le Maire dan Menteri Pertahanan Florence Parly. – AFP

Christophe Castaner (kanan) bercakap diapit oleh Menteri Dalam Negeri baharu Gerald Darmanin (tengah) dan timbalan Menteri Kerakyatan Marlene Schiappa semasa majlis penyerahan tugas di Kementerian Dalam Negeri di Paris kelmarin. – AFP