Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Darren Chai, Nina Juna juara Kejohanan Borneo Fittest

    LUTONG, SARAWAK, 8 DIS – Kejohanan Borneo Fittest baru-baru ini telah diadakan di Kelab Rekreasi Petroliam. Kejohanan yang mempertandingkan lima acara melibatkan kombinasi senaman angkat berat itu telah disertai oleh atlet di sekitar Asia Tenggara.

    Atlet Brunei dari Hybrid Movement Gym, Darren Chai muncul juara dalam kategori Elit Lelaki, manakala Nina Juna menjadi juara dalam kategori Elit Wanita, diikuti dengan Dirah Latif mendapat tempat kedua dalam kategori Terbuka Wanita, serta Wai Zhi Foong yang mendapat tempat keenam dalam kategori Elit Lelaki.

    “Ia merupakan satu pertandingan yang penuh dengan pelbagai cabaran yang berbeza.

    Namun, kami telah melakukan yang terbaik dan berasa gembira dengan keputusan yang telah kami peroleh. Diharapkan usaha kami dapat mendorong lebih ramai lagi untuk menyertai pertandingan di peringkat antarabangsa,” kata Darren Chai.

    Atlet-atlet dari Hybrid Movement Gym bergambar ramai selepas memenangi acara masing-masing dalam Kejohanan Borneo Fittest baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...