Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    DART catat pertumbuhan drastik 457.95 peratus

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 MAC – Sejak diperkenalkan pada Mei 2018, perkhidmatan DART telah menunjukkan permulaan yang amat memberangsangkan dengan pertumbuhan drastik sebanyak 457.95 peratus pada 2019.

    Berdasarkan perangkaan yang dihasilkan oleh Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Darat, Jabatan Perkhidmatan Pos, Bahagian Infokomunikasi, Bahagian Pengangkutan dan Unit IT, secara keseluruhan, perangkaan tahunan menunjukkan jumlah penumpang perkhidmatan berkenaan tidak begitu terjejas walaupun dalam keadaan negara belum bersedia menerima kemasukan pelancong asing. Apabila Negara Brunei Darussalam dilanda pandemik COVID-19, perangkaan pada Mac 2020 hingga Disember 2021 secara purata mencatatkan sebanyak 7,294 penumpang bagi setiap bulan.

    Berdasarkan perangkaan tersebut, penggunaan perkhidmatan DART dilihat mendapat sambutan daripada penduduk di negara ini. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Perhubungan dan Info-komunikasi, pecahan data sebulan ke sebulan dari Mac 2020 hingga Disember 2021 jelas menunjukkan bahawa gelombang pertama pada Mac 2020 telah memberikan impak terhadap penurunan trend jumlah penumpang.

    Seterusnya, diikuti dengan pemulihan setiap bulan sehingga tercetusnya gelombang kedua pada Ogos 2021, yang menyaksikan penurunan sebanyak 63.8 peratus dan jumlah penumpang menurun untuk beberapa bulan berikutnya.

    Selepas negara mengisytiharkan Fasa Awal Endemik pada 15 Disember 2021, terdapat tanda-tanda semakin pulih dari segi jumlah penumpang DART pada bulan tersebut.

    Dengan penerapan prosedur operasi standard sebagai norma baharu dan diikuti dengan jumlah vaksinasi yang tinggi serta pengekangan penularan wabak tersebut, para penumpang diharap akan semakin yakin menggunakan perkhidmatan berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...