Darurat di Peru dilanjut sehingga 26 April

BUENOS AIRES, 9 APRIL – Pihak berkuasa Peru melanjutkan perintah darurat di negara itu sehingga 26 April ekoran pandemik COVID-19, kata Presiden Martin Vizcarra.

“Kita terpaksa melanjutkan perisytiharan darurat ini sehingga Ahad, 26 April. Kita belum boleh mengurangkan kawalan dan usaha memerangi COVID-1) terutama apabila tempoh paling sukar tiba,” lapor agensi berita Sputnik memetik ucapan Vizcarra menerusi video Facebook.

Darurat diisytiharkan di Peru pada 16 Mac selama 15 hari sebelum dilanjutkan sehingga 12 April.

Peru merekodkan 4,342 kes COVID-19 dengan 121 kematian. – Bernama Menurut Johns Hopkins University, lebih 1,511,000 orang dijangkiti penyakit ini di seluruh dunia dengan lebih 88,000 kematian.Lebih 328,000 pesakit sembuh. – Bernama