Dasar baharu diperkenalkan

WASHINGTON, 25 Mei –Twitter kelmarin mengumumkan garis panduan baharu berkaitan dengan iklan politik di platformnya tatkala Facebook berkata ia mula melaksanakan dasar yang memerlukan pelabelan dan pengesahan identiti mereka yang membayar untuk mesej politik.

Tindakan daripada dua syarikat media sosial itu muncul sebagai tindak balas terhadap kritikan terhadap peranan mereka dalam membenarkan maklumat disebarkan semasa pilihan raya Amerika Syarikat (AS) 2016 dalam kebanyakan kes dengan bantuan ‘bot’ automatik.

Facebook berkata dasar baharunya itu akan berkuat kuasa pada Khamis untuk iklan di Facebook dan Instagram. Ia bercadang untuk melaksanakan dasar yang sama di seluruh dunia pada bulan-bulan akan datang.

Sementara itu Twitter berkata ia akan mula menguatkuasakan satu polisi baharu dalam beberapa bulan akan datang yang memerlukan ‘label pilihan raya’ untuk iklan calon AS dan memerlukan bentuk yang diperakui yang mengesahkan pengiklan itu dilakukan di AS.

“Kami tidak akan membenarkan warga asing menyasarkan iklan politik kepada orang yang dikenal pasti berada di AS,” kata kenyataan Twitter.

Gambar fail bertarikh 1 November 2017 yang dikeluarkan oleh ahli-ahli Jawatankuasa Perisikan Rumah AS menunjukkan beberapa iklan Facebook yang dikaitkan dengan usaha Rusia untuk mengganggu proses politik Amerika dan membangkitkan ketegangan berkaitan isu-isu sosial. – AP

Di samping itu, nama ‘pemilik’ Twitter yang digunakan untuk pengiklanan kempen politik akan mempunyai keperluan yang lebih ketat.

“Foto profil, gambar dan laman web pemilik mesti konsisten dalam talian dan bio Twitter mesti memasukkan laman web yang menyediakan maklumat hubungan yang sah,” kata Vijaya Gadde dan Bruce Falck dalam kenyataan itu.

Twitter, yang menunjukkan bulan lalu ia sedang mengusahakan dasar baharu untuk iklan politik, berkata ia akan bekerjasama dengan kumpulan Ballotpedia, sebuah kumpulan yang bukan berasaskan keuntungan untuk membantu mengenal pasti kempen Twitter terhadap akaun calon apabila mereka layak untuk pemilihan pada bulan November.

Pengumuman daripada Facebook itu mengatakan ia akan mengesahkan identiti mereka yang membayar untuk iklan, bukan hanya untuk calon tetapi untuk isu-isu politik terkini, yang mana beberapa penganalisis mengatakan mungkin sukar untuk dikuatkuasakan.

“Bermula hari ini, semua iklan berkaitan dan isu penerbitan di Facebook dan Instagram di AS mesti dilabelkan dengan jelas,” kata pengarah pengurusan Rob Leathern.

Ketua Facebook Mark Zuckerberg mengatakan tujuan dasar baharu itu adalah “memastikan kami dapat membantu untuk mencegah sebarang gangguan dan maklumat yangsalah berkaitan dengan pemilihan.” – AFP