Dasar bebas cukai luar Hainan diselaraskan

HAIKOU, China, 5 Dis – Dasar-dasar berhubung membeli-belah bebas cukai luar pesisir bagi pengunjung ke Pulau Hainan telah diselaraskan, menurut satu kenyataan bersama yang dibuat oleh Kementerian Kewangan, Pentadbiran Am bagi Kastam dan Pentadbiran Negeri bagi Percukaian bagi Republik Rakyat China.

Dasar-dasar yang diselaraskan itu lebih terbuka dan mudah, bertujuan untuk mengubah Hainan menjadi sebuah pusat penggunaan pelancongan antarabangsa. Dasar-dasar baharu itu berkuat kuasa pada 1 Disember 2018.

Pelarasan itu adalah terutamanya berkaitan tiga aspek. Pertama, elaun membeli-belah bebas cukai luar pesisir untuk pelawat dinaikkan dari RMB 16,000 kepada RMB 30,000. Kedua, peranti perubatan pemulihan yang pelbagai kini dilindungi oleh senarai bebas cukai, termasuk peralatan latihan penglihatan, alat bantuan pendengaran, alat bantuan ortotik, dan alat pernafasan untuk penjagaan kesihatan di rumah.

Dua peranti perubatan tersebut dilindungi oleh dasar-dasar bebas cukai bagi setiap pelawat setiap kali mereka meninggalkan Hainan. Ketiga, untuk warganegara China yang tinggal di dalam atau di luar Hainan, dasar-dasar bebas cukai itu adalah sama-sama diguna pakai. – Bernama