Thursday, June 8, 2023
28.3 C
Brunei

    -

    Dasar industri pembinaan sokong pembangunan ekonomi negara

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 NOV – Dasar industri pembinaan di Negara Brunei Darussalam adalah untuk mewujudkan dan menyediakan industri pembinaan tempatan yang mantap, cekap dan mampan yang boleh memenuhi permintaan perkhidmatan bagi mendukung objektif terhadap membangun ekonomi, sosial dan pembangunan yang mampan.

    Perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Kemajuan) di Kementerian Pembangunan, Sr Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub sebagai pengerusi Komiti Standard ketika berucap pada Majlis Pemberigaan bagi Piawai an Brunei Darussalam (PBD) 3: 2016 Edisi Kedua yang diadakan oleh Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi), Kementerian Pembangunan dan Pusat Standard Kebangsaan, Kementerian Kewangan dan Ekonomi, yang berlangsung secara maya, hari ini.

    Bagi pihak Kementerian Pembangunan, beliau juga berharap kerjasama antara pihak Jawatankuasa Teknikal dan Kementerian Pembangunan akan terus dilaksanakan seiring dengan perubahan pasaran dan kemajuan teknologi terkini serta akan terus maju ke hadapan dengan perkembangan yang progresif dalam piawaian antarabangsa demi memenuhi keperluan untuk memajukan industri pembinaan tempatan.

    Sr Hajah Norhayati juga menambah bahawa seperti yang dinyatakan dalam Manual Pembangunan Piawai Kebangsaan, semua piawaian PBD hendaklah disemak sekurang-kurangnya setiap lima tahun atau bila-bila masa yang diperlukan oleh jawatankuasa standard.

    Beliau juga maklum bahawa PBD 2 kini dalam peringkat akhir semakan, oleh yang demikian, berharap kesemua ahli dalam jawatankuasa teknikal akan sentiasa bersiap sedia untuk memberikan sumbangan dalam menyemak dan mengemas kini PBD dan terus memberikan sokongan kepada perkara-perkara yang telah dikenal pasti oleh SC Construction.

    Terdahulu dalam ucapannya, Sr Hajah Norhayati mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak yang berkepentingan dalam menyumbang kepada penyiapan penelitian semula PBD 3 (Edisi ke-2) khususnya kepada Jabatan Perkhidmatan Teknikal, JKR, institusi akademik, UBD, UTB, Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP), konsultan, kontraktor dan pembekal daripada sektor swasta.

    Bagi syarikat-syarikat atau orang ramai yang berhasrat untuk membeli buku PBD 3: 2016 (Edisi 2) bolehlah menghubungi Pusat Standard Kebangsaan di talian 2333964 atau e-mel nationalstandard@mofe.gov.bn, untuk membuat janji temu bagi pembelian buku tersebut dan mengambilnya di Bangunan Pusat Standard Kebangsaan Brunei di alamat Simpang 32-15, B19 Flat Kerajaan, Kampung Anggerek Desa, Brunei.

    Sr Hajah Norhayati menyampaikan ucapan pada Majlis Pemberigaan bagi Piawaian Brunei Darussalam (PBD) 3: 2016 Edisi Kedua yang berlangsung secara maya. – Gambar serahan ABCi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Biparjoy dijangka terus mengganas

    NEW DELHI, 7 JUN – Jabatan Meteorologi India (IMD) hari ini berkata lekukan dalam yang memuncak menjadi ribut siklon teruk Biparjoy di bahagian timur-tengah...
    - Advertisment -