Dasar manfaatkan rakyat diteruskan

KOTA KINABALU, 27 FEB – Pelaksanaan dasar-dasar yang diputuskan oleh kerajaan persekutuan untuk manfaat rakyat sebelum ini diteruskan di negeri ini, kata Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Samsuni Mohd Nor.

Beliau berkata apa juga senario politik yang berlaku di peringkat kerajaan persekutuan tidak menjejaskan matlamat jabatan dan agensi berkanun persekutuan di negeri ini dalam melaksanakan dasar-dasar untuk faedah rakyat.

“Sebagai penjawat awam, matlamat dan peranan kami  adalah profesional …kami adalah berkecuali, kami berkhidmat kepada kerajaan …kerana kami (penjawat awam) merupakan pelaksana dasar,” katanya kepada pemberita sebelum mengadakan Mesyuarat Perhubungan Ketua-ketua Jabatan dan Badan Berkanun Persekutuan di sini, hari ini. – Bernama