Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Dasar monetari berkesan mampu kurangkan inflasi

    KUALA LUMPUR, 15 JULAI – Ekonomi global terus tidak menentu dengan banyak kelemahan dalam era pasca COVID, manakala gangguan rantaian bekalan, risiko geopolitik, harga minyak yang tinggi dan ketidakcukupan antara pemboleh ubah yang memberi impak kepada ekonomi global, kata seorang ahli ekonomi.

    Ketua Ekonomi Juwai IQI Global, Shan Saeed berkata inflasi harga global bermula disebabkan empat pemboleh ubah tersebut berada di luar kawalan kebanyakan penggubal dasar dan kerajaan.

    “Sejarah berulang selepas 52 tahun. Era 1970 kembali dengan stagflasi, inflasi yang tinggi dan pertumbuhan yang rendah.

    “Dua perlima daripada ekonomi global berada dalam stagflasi, 40 peratus atau sebanyak 77 buah negara yang kebanyakannya di Eropah, Afrika dan Amerika Latin,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual.

    Ahli ekonomi itu juga berkata berikutan konflik antara Ukraine dan Rusia, kesesakan rantaian bekalan dan seterusnya inflasi, unjuran ekonomi global disemak semula oleh bank-bank besar di seluruh dunia. Beliau berkata pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global untuk tahun ini pada awalnya diunjurkan 4.4 peratus sehingga Januari tetapi sejak itu telah diselaraskan kepada 3.6 peratus.

    “Inflasi kekal tinggi di negara-negara maju berikutan peningkatan hala tuju wang. Pelonggaran kuantitatif (QE) tidak dapat memacu pertumbuhan kebanyakan negara.

    “Walau bagaimanapun, inflasi di Asia kekal rendah berikutan dasar monetari yang berkesan oleh bank pusat. Terdapat jurang yang besar antara prospek inflasi di negara-negara maju dan Asia,” katanya.

    Mengulas mengenai paras inflasi, Shan berkata ia bergantung kepada ekonomi dan kedinamikan negara untuk menentukan paras angka inflasi yang berbahaya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...