
BANDAR SERI BEGAWAN, 4 JAN – Kementerian Kesihatan memperkukuhkan lagi kawalan penularan penyakit koronavirus daripada memasuki negara ini dengan memperkenalkan dasar pengasingan diri (self-isolation) kepada individu-individu yang telah kembali atau akan kembali ke Negara Brunei Darussalam dari Republik Rakyat China.




























