Data bocor disyaki dalam serangan siber Mitsubishi

TOKYO, 20 MEI – Jepun sedang menyiasat kemungkinan berlakunya kebocoran data termasuk butir-butir mengenai peluru berpandu prototaip dalam serangan siber pada awal tahun ini ke atas Mitsubishi Electric Corp, kata pegawai hari ini.

Kebocoran yang disyaki itu membabitkan maklumat sensitif mengenai prototaip peluru berpandu berkelajuan tinggi yang bertujuan dihantar untuk mempertahankan pulau terpencil Jepun di tengah dasar agresif tentera China di rantau itu.

Ketua Setiausaha Kabinet Yoshihide Suga memberitahu Kementerian Pertahanan sedang menyiasat ‘kesan kebocoran maklumat ke atas keselamatan negara.’ – AP