Data kokpit pesawat ditembak jatuh diperoleh semula

TEHRAN, IRAN, 23 OGOS – Iran telah mendapatkan kembali beberapa data, termasuk sebahagian daripada perbualan kokpit, daripada pesawat udara Ukraine yang ditembak jatuh oleh tentera Pengawal Revolusi pada Januari, membunuh ke-semua 176 penumpang, kata pegawai Iran hari ini.

Menurut laporan di laman sesawang Pertubuhan Penerbangan Awam Iran, data menggambarkan kata-kata pegawai sebagai sebahagian daripada laporan terakhir yang dirancang dikeluarkan oleh Tehran berhubung kejadian tembakan pesawat udara Penerbangan Antarabangsa 752 Ukraine.

Perkembangan itu keluar beberapa bulan selepas nahas pada 8 Januari berhampiran Tehran. Pihak berkuasa Iran pada mulanya menafi bertanggungjawab, hanya mengubah kenyataan beberapa hari kemudian, selepas negara Barat memberikan bukti meluas menunjukkan Iran telah menembak jatuh kapal terbang itu.

Insiden itu berlaku pada malam yang sama Iran melancarkan serangan peluru berpandu balistik menyasarkan tentera Amerika Syarikat (AS) di Iraq, respons terhadap serangan dron AS yang membunuh Jeneral Qassem Soleimani di Baghdad pada 3 Januari. – AFP

Gambar fail menunjukkan pekerja penyelamat menggeledah kawasan di mana pesawat udara Ukraine ditembak jatuh di Shahedshahr, barat daya Tehran, Iran. – AP